Menu Utama Tidak Ada Perniagaan Seperti Perniagaan eCosway!

Jika anda dapat mengikuti saranan berikut sudah pasti apa yang anda impikan boleh tercapai, telitilah kaedah² tersebut  
 
1. Minat.

Minat adalah salah satu kunci utama kepada sesuatu kejayaan, jika anda berhadapan dengan perasaan kurang minat pada sesuatu perkara, lihatlah atau renungkan mereka² yang pernah berjaya dan bandingkan diri anda dengan mereka. Kerana perasaan ingin berjaya seperti orang lain atau mengharapkan sesuatu yang jarang dimiliki oleh semua orang maka kita mestilah menanamkan rasa minat yang mendalam, tanpa perasaan minat maka segala apa yang bakal dilakukan pasti tidak seperti yang sepatutnya, kemungkinan lain kita sendiri berhenti atau menarik diri daripada apa yang kita lakukan kerana tidak berminat. 

Jika anda tidak berminat menyertai atau mengetahui mengenai eCosway, berkemungkinan anda tidak pernah dibiasakan dengan suasana sebagai seorang ahli perniagaan atau anda tergolong dalam golongan yang dapat mencapai apa yang sering diinginkan dengan cara biasa seperti berbelanja dengan hasil pendapatan kerja harian, sumbangan seseorang, keluarga yang mewah, dan lain².

Jika dibandingkan pula dengan mereka yang sangat berminat dengan eCosway, adapun kerana mereka ini seringkali dihimpit masalah keewangan ataupun belum pernah menghasilkan satu daya tarikan kepada ahli keluarga dan juga umum, daya tarikan inilah kunci sebenar keinginan seseorang menanamkan rasa minat yang amat mendalam pada diri, ia digelar oleh semua orang sebagai wang, duit dan sebagainya yang bersifat kemewahan, tidak semestinya eCosway sahaja untuk melayakkan diri kita menerajui semua ini. apa² usaha lain yang kita lakukan juga boleh menghasilkan perkara yang sama tetapi keadaan atau kemampuan kita sahaja yang bakal membezakan semua ini. Lihat contoh ini :

1. Sebagai seorang yang bekerja dalam sebuah institusi kerajaan atau swasta sudah tentu anda di bayar gaji sebagai upah kepada hasil usaha anda. Anda dipilih dalam 100 yang memohon kerana kelayakan pelajaran anda, setiap masa anda bekerja keras untuk melayakkan kepada tambahan gaji yang maksima setiap masa. dan berjaya menjamin masa depan tetapi anda tidak dibayar dengan pendapatan yang lumayan sehinggalah anda menerima EPF ketika mana anda bersara daripada jawatan anda bekerja, kerja anda digantikan dengan seseorang yang setaraf dengan anda kemudian pendapatan anda tidak seperti biasa, anda sendiri dalam usia yang lanjut mengusahkan perniagaan atau mencari pendapatan sampingan ada juga sesetengah orang menerima tanggungan perbelanjaan daripada anak² yang bekerja. bertuahnya anda kerana mempunyai masa yang lengkap untuk bersama keluarga.

2. Jika anda berjaya menguasai pelbagai pihak untuk membantu anda mengembangkan lagi dalam urusan anda seperti perniagaan, Syarikat, Kilang dan lain² . Pekerjaan begini jarang dapat dimiliki oleh kebanyakan orang kerana ia melibatkan modal yang besar jika anda belajar bersungguh² dan mempunyai kelayakan  kemungkinan anda layak untuk menggunakan pinjaman bank untuk memiliki perniagaan sedemikian atau pun perniagaan anda diwarisi oleh keluarga anda. Jadi sejauh mana anda berjaya juga tidak mungkin anda bakal hidup selesa atau pun bahagia kerana suasana persekitaran anda sentiasa menyebabkan anda tertekan dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga² kerana bimbang perniagaan akan susut akibat perkara² yang tak diingini berlaku. Tetapi anda dapat hidup dengan mewah atau daya tarikan juga tinggi.

Kedua² pilihan kerjaya ini banyak bezanya terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu sekiranya anda layak. bagaimana pula sekiranya anda tidak berkelayakan tinggi dalam pelajaran atau bukan dari keluarga yang mewah. Apa kata kami syorkan eCosway untuk anda pelajari bagaimana anda bermodalkan sedikit dan mengaut keutungan berganda tanpa meluangkan banyak masa untuk pertahankan perniagaan ini daripada pelbagai keadaan yang merumitkan dalam suasana hidup anda. Jika anda boleh berjaya kerana minat anda dalam bidang ini kenapa pula mereka diantara kedua² pilihan diatas tidak boleh menurut jejak anda  sedangkan kelayakan mereka mengatasi apa yang pernah anda miliki. jadi berazamlah untuk menanamkan rasa minat kerana teori dan kaedah nya telah diakui oleh semua orang yang berjaya dalam perniagaan seperti ini. Setiap hari anda cuba menentukan apa yang bakal anda tentukan keesokan harinya. jadi berfikirlah apa yang perlu anda tentukan hari esok anda. kita merancang tuhan yang menentukan.
 
 
2. Pengorbanan

Berkorban satu istilah yang mudah disebut tetapi sukar untuk dilakukan, mana² individu yang sanggup berkorban tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk tujuan itu ini kerana perasaan dan semangat berkorban lebih kuat memberi dorongan seseorang itu melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk memastikan kejayaannya.  Sebarang bidang pekerjaan atau usaha, anda mestilah berkorban untuk menjamin anda benar² berada pada tahap berjaya. Seseorang yang sanggup berkorban apa sahaja tidak akan berbuat demikian sekiranya tiada minat kearah apa yang ingin dilakukan. ia berkait rapat juga dengan keinginan seseorang untuk menikmati apa yang diketahui dapat membawa pulangan yang lumayan setelah berjaya, seperti contoh seorang guru akan berkorban masa dan tenaga untuk mendidik anak-anak muridnya  sebelum menghadapi peperiksaan . dan berpuas hati setelah keputusan peperiksaan yang dicapai adalah cemerlang. guru tersebut tidak mengenakan bayaran untuk masa dan tenaga yang dicurahkan kepada anak² muridnya.

Agak sukar juga untuk menjelaskan dengan terperinci istilah berkorban ini, apa yang dapat difahamkan daripada bunyinya seolah² meninggalkan sesuatu yang kita miliki dalam diri kita atau persekitaran kita samada penting atau perlu diutamakan, kerana apa yang bakal diperolehi kelak lebih baik dari apa yang dimiliki hari ini. 

Tidak dinafikan setiap orang sentiasa berkorban apa sahaja dalam hidupnya untuk mencapai apa yang diinginkan, malah semenjak kecil lagi seorang kanak sanggup berkorban tenaga dan kekuatan nya untuk belajar merangkak dan mencapai apa yang dilihatnya, begitulah seorang dewasa akan mengorbankan masa dan tenaga nya semata² ingin melihat kejayaan diri sendiri.

Dalam eCosway bagaimana anda berkorban ?, semestinya ia melibatkan masa dan tenaga anda untuk memastikan anda juga berjaya seperti orang lain , jika tidak sanggup berkorban sudah tentu tiada perubahan pada apa yang anda inginkan jadi dalam tajuk² berikut akan menerangkan pelbagai kaedah lagi dalam perniagaan ini dan ianya perlu kepada pengorbanan untuk memastikan anda berjaya.
 
 
3. Belajar.

Anda telah menanamkan perasaan minat untuk mengetahui dan menyertai eCosway setelah itu anda harus berkorban untuk mengetahui dengan sebaiknya, anda mesti belajar untuk mengetahui perkara² penting berkaitan eCosway, Perlukah anda menjemput mereka yang telah aktif dengan eCosway menemui anda dan menerangkan segalanya? , Saya berharap anda tidak bertindak  begituh, datanglah kepada mereka yang aktif dan ceritakan hasrat anda ingin menemui beliau dan pelajarilah apa yang di terangkan. sesuaikan tempat penerangan daripada gangguan lain, kerana anda harus menumpukan perhatian yang mendalam kepada penerangan yang diberikan, kemungkinan anda tertinggal apa² maklumat semasa perbincangan jika anda sempat menyedari perkara itu anda harus lah bertanyakan semula perkara yang tertinggal itu. 

Jika penerangan pertama memberi anda satu semangat untuk menyertai eCosway. luangkan masa pada bila² masa nanti untuk sesi penerangan sekali lagi agar anda lebih jelas dan faham . Jika anda mempunyai minat yang mendalam sekalipun anda tidak semestinya meninggalkan apa² aktiviti ataupun kerjaya yang sedang anda lakukan cuma anda perlu luangkan sedikit masa dan tenaga kepada aktiviti eCosway.
 
 
4. Penyertaan.

Setelah sesi penerangan berlangsung kebanyakan orang mengambil masa untuk berfikir, setiap orang juga berfikir perkara² yang berlainan seperti, tak ada masa, duit tidak mencukupi , malas nak cuba dan sebagainya yang dianggap sebagai alasan. sebagai seorang manusia kita tidak terkecuali daripada perkara² yang menyebabkan kita gagal meneruskan apa yang kita hajati, sejauh mana kita berusaha maka sejauh itu juga kita boleh mengecapi hasilnya, sekiranya belum pun bermula kita sudah menidakkan maka tak perlu kita memberi penjelasan bagaimana perniagaan seperti ini berfungsi kerana kita belum pernah melibatkan diri dalam perniagaan sebegini.

Sebagai ahli yang berminat untuk menyertai perniagaan ini dimana anda mesti berkorban sejumlah wang untuk bayaran pendaftaran.? Apa kata kami bayarkan untuk anda,? anda tentu merasa seronok dengan tawaran ini,? tetapi siapakah diantara kami yang sanggup berkorban untuk anda sedangkan anda pula tidak sanggup berkorban untuk diri sendiri, maksud saya disini jika seseorang menaja dan membayar pendaftaran anda adakah anda boleh mencetuskan semangat berkobar² untuk berusaha dalam perniagaan ini?, adakah anda mampu merasai seperti mana yang teman anda itu rasakan?, oleh itu berusahalah dahulu untuk membelanjakan sedikit wang untuk digunakan sebagai modal perniagaan ini. jika anda benar² berminat cuma tidak mampu emailkan kepada saya kenapa anda tidak mampu , saya akan cuba menyelesaikan masalah anda.
 
 
5. Praktik.

Setelah anda menyertai eCosway, setiap langkah anda selepas itu mestilah mempunyai agenda dan tujuan yang baru iaitu ingin berkongsi idea ataupun peluang yang anda ceburi kepada orang lain. Ianya tidak berlaku dalam masa sehari, jika anda tidak bersedia untuk berkongsi dengan orang lain lagi cubalah praktik kan kepada diri anda sendiri dengan cara menjadi seorang pengguna yang bijak dan mengenali prodak² yang terdapat dalam eCosway, amalkan sebagai seorang 100% pengguna barangan eCosway, jika anda sendiri menyertai dan menggunakan barang² dari premis lain sedangkan anda boleh perolehi daripada eCosway bagaimana anda akan dapat mengetahui kualiti dan keberkesanan suatu barang itu dalam eCosway ?, sentiasa mengulangi dan meluangkan masa menyertai kelas² atau seminar yang dianjurkan kumpulan anda suapay anda boleh mempelajari teknik dan menambahkan lagi pengetahuan dalam diri anda. pada masa yang sama anda boleh meniru kejayaan orang lain melalui kaedah yang mereka gunakan. jika orang pertama atau berikutnya anda temui dan berkongsi idea peluang perniagaan ini, sekiranya mereka kelihatan kurang berminat jangan anggap ianya kegagalan anda lebih ramai lagi yang bakal anda temui masih jauh lagi perjalanan anda anggaplah ianya satu pengalaman dan pengajaran untuk anda memperbaiki kesilapan anda .
 
 
6. Berbincang

perbincangan dengan rakan² dalam kumpulan anda sangat baik diamalkan selalu agar setiap masalah dan persoalan akan dibincangkan bersama, hakikatnya satu keputusan yang hampir² dengan jawapan yang tepat akan anda perolehi oleh itu jangan bersendirian ketika menceburi perniagaan ini luangkan masa bergaul dengan ramai kenalan anda semoga anda dapat menghasilkan satu penyelesaian mudah dalam apa² masalah yang timbul kemudian. 
 
 
7. Perkenalkan.

Setiap masa anda akan menghadiri mesyuarat di tempat kerja, berkelah, menghadiri mejlis kenduri dan sebgainya yang tidak dijangkakan pada hari ini, anda akan  menemui rakan² lama dan baru, pada masa inilah anda cuba kaitkan peluang² perniagaan sebegini kepada mereka agar mereka dapat melanjutkan  lagi perbincangan anda dengan mereka dan pada masa yang sama anda boleh lah menambahkan keahlian downline anda.
 
 
8. Bantu.

Jika downline anda bergerak seperti mana anda pernah lakukan tidak mustahil mereka juga mengahdapi situasi seperti anda jadi bantulah apa yang mereka perlukan dan galakkan mereka mempelajari apa yang anda dapat selesaikan agar mereka sendiri boleh berdikari sendiri pada masa akan datang.

bertindaklah sekarang sekiranya anda bersetuju dengan penerangan ini.
 
 
 

Sekian dahulu daripada saya, bertindaklah sekarang demi kebaikan bersama.
affinbankkk@yahoo.com 

 
 

Click here to sign-up!

Maklumat Lanjut:.....Jika anda ada sebarang masalah sila email ke alamat ini: affinbankkk@yahoo.com

Produk Berkualiti
  • Pendahuluan
  • Kata Aluan
  • Bagaimana Anda Skrg?
  • Masalah System Lama
  • Perbandingan eCosway
  • Ciri Unik eCosway
  • Pemasaran Bersama
  • eCosway Untuk Anda
  • Perkhidmatan & Bantuan
  • Bina Rangkaian Anda
  • eCosway Secara Ringkas
  • Faedah Mendaftar
  • Pelan Keuntungan
  • Contoh Kiraan Income
  • Tawaran Menarik
  • Tawaran Menarik
  • Kelayakan Bonus
  • Daftar Downline Percuma
  • Contoh Barangan eCosway
  • Website eCosway



  • Tell A Friend! Daftar Keahlian PERCUMA  Iklan PERCUMA Sumber Ecosway
    Beritahu Website ini kepada 
    rakan anda.
    Nak Joint eCosway TAPI susah nak dapat downline,biar kami uruskan semua ini?
    Sign-up for Free Today!
    Klik sini untuk menghantar iklan anda secara percuma.  

    About Us | Contact | Site Map

    Hak Cipta Terpelihara @2003: eCoswaymall.tripod.com